Processing....
Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
"Hulurkanlah sepatah dua di ruangan ini. Tinggalkanlah jejak anda agar silaturrahim sentiasa terjalin di antara kita semua"
..Langgan Artikel Percuma..

Kami membawakan artikel-artikel terkini yang disajikan khas untuk anda dari masa ke semasa. Jangan ketinggalan mendapatkannya PERCUMA.

1:33 PM

Teknologi VSAT Vs Streamyx ADSL

Posted by Admin

Sudah agak lama penulis tidak membuat posting yang baru. Sebelum itu, tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada seluruh umat islam tak kira dimana jua anda berada. Semoga kehadiran Ramadhan pada kali ini memberi kita peluang memperbaiki diri kita. Untuk pengetahuan semua warga sekolah mahupun sesiapa sahaja yang melayari blog ini. Salah satu projek Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka peluang kepada pihak sekolah dan warga pendidik di sini khususnya iaitu projek pemasangan VSAT bagi kemudahan penggunaan internet dan sebagainya.

Sebelum ini, projek SchoolNet antara yang lainnya iaitu kemudahan Streamyx ADSL bagi sekolah-sekolah di seluruh negara. Buat masa ini, pihak sekolah telahpun menerima bantuan Steamyx dan yang terbaru adalah VSAT yang disediakan oleh pihak MAXIS Communication. Ucapan terima kasih wajar diberikan kepada pihak kementerian yang berusaha memastikan agar teknologi ICT dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua rakyat di negara ini.

Mungkin ramai yang masih keliru di antara ADSL Streamyx dan teknologi VSAT. Di sini penulis mengambil kesempatan menjelaskan serba sedikit perbezaan di antaranya setakat yang termampu. Sistem VSAT (Very Small Aperture Terminal) atau Satelit Bukaan Amat Kecil di perkenalkan di sekolah-sekolah mulai akhir 2002 terutama di sekolah-sekolah kawasan luar bandar yang tiada perhubungan komunikasi dalam talian. VSAT juga sebagai setesen bumi yang yang boleh menghubungkan komunikasi dengan rangkaian satelit dan menyokong apa juga bentuk komunikasi termasuklah suara, data, fax, imej atau persidangan video secara digital. VSAT, boleh menyediakan data pada kelajuaan 64 kbps hingga 4.2 Mbps daripada tapak yang jauh dan sehingga 9 Mbps daripada pusat kepada tapak di kedudukan yang jauh.

VSAT terbahagi kepada dua kategori iaitu berbentuk unit luaran dan unit dalaman. Unit luaran dilengkapi dengan antena dan RFT (Radio Frequency Transceiver). Saiz antenanya adalah berdiameter 1.8 meter atau 2.4 meter. Unit dalamannya pula berfungsi seperti modem dan juga sebagai antaramuka untuk komputer peribadi, rangkaian kerja setempat (LAN), telefon dan fax. VSAT amat berguna kepada pengguna yang memerlukan penghantaran dan penerimaan maklumat berkapisiti tinggi, mudah dicapai dan fleksibel serta mempunyai liputan yang luas tanpa mengira keadaan geografi.




Tujuan VSAT diperkenalkan adalah untuk melengkapkan sekolah dengan kelengkapan ICT, membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran, perhubungan internet tanpa wayar, merapatkan jurang pemikiran (mind gap) antara pelajar-pelajar di kawasan bandar dan kawasan-kawasan pedalaman serta kumpulan di luar jangkau (underserved communtiy), memenuhi aspirasi Pelan Jalur Lebar Negara serta memastikan jurang digital antara sekolah di luar bandar dengan bandar tidak terlalu jauh.

Penggunaan VSAT Dalam Pelaksanaan Projek SchoolNet



Sumber : Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KPM, 2006.

ADSL Streamyx rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Semuanya sudah menegnali apa itu Streamyx. Ianya disediakan oleh pihak Telekom Malaysia. Dari segi kelajuan di antara Streamyx dan VSAT ianya bergantung kepada banyak faktor dan pakej yang diambil. Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Pendek kata, selagi boleh guna, teruskanlah gunakan sebaik yang mungkin. Jangan disia-siakan kemudahan yang telah diberi supaya manfaatnya kita nikmati bersama...Akhir kata bagi pihak admin mengucapkan 'Selamat Menyambut Aidilfitri' yang bakal menjelang tidak lama lagi. Rancang perjalanan anda dan semoga ceria selalu.

Posted by Categories



0 Komentar:

Berilah Teguran/Komen Dengan Nama dan Blog Anda Sendiri. Gunakan bahasa yang sopan dan sesuai.'Smile Icon' Boleh Digunakan Jika Anda Mempunyai Akaun Google Sendiri. Terima Kasih.

Post a Comment

Auto Linking