Processing....
Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
"Hulurkanlah sepatah dua di ruangan ini. Tinggalkanlah jejak anda agar silaturrahim sentiasa terjalin di antara kita semua"
..Langgan Artikel Percuma..

Kami membawakan artikel-artikel terkini yang disajikan khas untuk anda dari masa ke semasa. Jangan ketinggalan mendapatkannya PERCUMA.

2:34 PM

Tutorial Wordpress

Posted by Admin


Salam semua...dah banyak hari saya tak berkesempatan untuk membuat posting baru. Maklumlah sibuk sikit. Dengan kerja-kerja sekolah yang kian bertambah. Sekarang ni pun saya masih dalam proses mengupdate blog makmal supaya lebih tersusun dan memudahkan sahabat-sahabat masuk ke laman ini.

Hari ini, saya baru je selesai menghadiri kursus blogging dan website serta protal pendidikan yang perlu dilawati bagi memudahkan kerja-kerja pengemaskinian bahan-bahan ICT. Sebagai guru, saya perlulah bertanggungjawab membuat pengurusan yang rapi dan teliti. Oklah, saya ada satu 'benda' yang nak disampaikan kepada sahabat dan pelawat yang membaca post ini.
Find Out More -

9:35 AM

Penggunaan E-Book di Sekolah

Posted by Admin

Pelajar Terengganu guna e-Book


AHMAD Said menunjukkan e-Book dalam bentuk digital yang bakal digunakan oleh pelajar sekolah di Terengganu bagi menggantikan buku sekolah pada majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA TERENGGANU 26 Mei - Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara di dunia yang menyediakan kemudahan buku elektronik atau e-Book kepada pelajar bagi menggantikan sepenuhnya penggunaan buku teks di sekolah.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pelaksanaan e-Book dengan akses Internet kepada setiap murid sekolah rendah adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-Ekonomi.
''Program e-Book ini sudah pasti akan menjadi tumpuan bukan sahaja di negeri lain dalam Malaysia, namun turut menjadi perhatian negara lain.
''Usaha ini merupakan blueprint bagi melahirkan masyarakat baru berteknologi maklumat (IT). Banyak pihak akan memerhati perkembangan program e-Book ini dan kejayaan Terengganu akan merintis revolusi pendidikan di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pada majlis pelancaran itu, turut diadakan pertandingan Skor A secara online yang dimenangi oleh Daerah Setiu yang menerima hadiah kemenangan sebuah komputer sumbangan Intel Electronic Malaysia Sdn. Bhd.
Menurut Ahmad, sebagai langkah pertama, 25,000 unit e-Book yang dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat akan diagihkan secara percuma kepada murid tahun lima melalui Pejabat Pendidikan Daerah mulai hari ini.
Jelasnya, agihan e-Book sama seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu pada penghujung tahun kemudahan itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak sekolah.
Cuma kata beliau, berbeza dengan SPBT, e-Book akan diagihkan kepada semua murid tidak kira mereka datang dari keluarga miskin atau kaya.
''Pada permulaan sesi persekolahan yang akan datang, pelajar tahun lima kini akan diberikan e-Book yang mempunyai perisian baru untuk pelajar tahun enam dan pada masa sama, murid tahun lima tahun hadapan akan turut menerima e-Book yang lengkap dengan perisian khusus untuk mereka," ujarnya.
Beliau memberitahu, setiap e-Book disertai dengan jaminan selama setahun, malah ia dibina tahan lasak dengan ciri kalis air serta mampu menahan beban sehingga 20 kilogram.
Sebanyak 347 sekolah dengan 23,191 murid tahun lima serta 3,831 guru akan menerima e-Book melalui program ini.
Fasa pertama agihan mulai hari ini melibatkan 127 sekolah serta 10,438 murid tahun lima.
Ini diikuti agihan e-Book kepada pelajar tahun empat, tiga dua dan satu selepas ini.
Dipetik daripada Utusan Online, 27/05/2009.

Find Out More -

2:14 AM

Ebook For Dummies

Posted by Admin


Salam bahagia...
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan ebook pelbagai judul anda boleh hantarkan emel kepada saya di ruangan postingan emel di bawah ini. Terdapat lebih kurang 300 lebih judul yang saya ada untuk kita kongsi bersama.

Sila nyatakan judul yang ingin dimiliki dan sekiranya ada dalam simpanan, (@ judul-judul lain yang lebih kurang sama ) maka saya akan menghantarnya kepada anda. (Free jer). Ebook-ebook ini sangat berguna bagi anda untuk menambahkan pengetahuan dalam apa jua bidang yang hendak dipelajari.Terima kasih.menari


Find Out More -

Auto Linking