..Langgan Artikel Percuma..
Kami membawakan artikel-artikel terkini yang disajikan khas untuk anda dari masa ke semasa. Jangan ketinggalan mendapatkannya PERCUMA.
Kerosakan MBR boleh menyebabkan sistem Windows XP gagal untuk dimuatkan. Ini mungkin berpunca dari virus, ralat dalam cakera, atau mungkin boot loader sistem operasi lain dalam sistem operasi berbilang telah mengambilalih MBR anda. Untuk membaikpulih MBR:
1) Boot PC menggunakan cakera padat Windows XP
2) Pada skrin Windows XP Professional Setup, tekan butang "R". Lihat Gambarajah 1 di bawah:
Rajah 1: Windows XP Professional Setup

3) Kemudian buat pilihan Windows. Jika anda mempunyai lebih dari satu Windows, pilih "Windows XP"
4) Masukkan kata laluan bagi Admin
5) Taipkan arahan:
fixmbr
Arahan Perintah
C:\Windows> fixmbr
6) Reboot komputer anda
Pernahkah kita mendengar bunyi yang keluar dari cpu seperti bunyi bep yang pendek atau panjang. Salah satu puncanya iaitu kerosakan daripada RAM.
1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM, apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna.
2. Cabut RAM
Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang putih tu, masa zaman belajar dulu], atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering. Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.
3. Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker?.. tak kisahlah yang penting [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya]. proses nih bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut.
4. Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak.
Cuba dulu tips nie sebab banyak komputer saya baiki, Hakikatnya banyak habuk yang melekat.
-jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card.
Apa itu Safe Mode?
Sering kita sebut Safe Mode bukan? Apa bendanya ni sebenarnya? Safe Mode adalah cara alternatif untuk masuk ke Windows. Selalunya berguna untuk anda troubleshooting masalah yang berlaku dalam komputer anda. Contohnya masalah dengan grafik kad ataupun apa2 hardware lain. Mudah untuk troubleshoot kerana dalam Safe Mode, bilangan program yang digunakan (loaded) adalah minimum, seperti Windows dan driver untuk mouse, keyboard dan display sahaja. Jika password kita lupa semasa nak log in akaun ke dlm windows pun kita boleh gunakan. Dgn syarat kenalah tahu password administrator. ( biasalah password defult setting ). Gunakan kekunci F8 selepas reboot pc utk masuk ke safe mode.