Processing....
Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
"Hulurkanlah sepatah dua di ruangan ini. Tinggalkanlah jejak anda agar silaturrahim sentiasa terjalin di antara kita semua"
..Langgan Artikel Percuma..

Kami membawakan artikel-artikel terkini yang disajikan khas untuk anda dari masa ke semasa. Jangan ketinggalan mendapatkannya PERCUMA.

8:22 PM

Mengenal Hardware Part IV

Posted by Admin


Hard Disk ( Cakera Keras )

Dalam post kali ini saya akan menyentuh tentang cakera keras. Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita.

Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari. Ia adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida.

Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing. Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester disk drives).

Kapasiti storan dalam hard disk ialah jumlah data yang dapat disimpan olehnya. Biasanya saiz pemacu cakera diukur dalam gigabait GB. Lebih besar saiznya, lebih mahal harganya. Tetapi anda harus ingat di mana kebanyakan aplikasi terkini seperti multimedia dan permainan memerlukan saiz storan yang besar. Semasa artikel ini ditulis, kebanyakan cakera keras yang dijual dipasaran berkapasiti antara 100GB hingga 200GB. Anda juga boleh rujuk di sini : http://www.teknosains.info/2007/08/cakera-keras.html



Find Out More -

9:42 AM

Mengenal Hardware Part III

Posted by Admin


Kad Grafi
k
Kad Adapter Enhanced Grafik (EGA) ini dicipta oleh IBM (International Business Machines) untuk mengatasi masalah kritikal yang ditunjukkan kepada kad adapter Warna Grafik (Color Graphics Adapter - GCA) Ia dianggap masih kurang memuaskan dari segi kualiti paparannya. Kad Adapter Video Grafik Array (VGA) boleh memaparkan sebanyak 256 warna serentak dan dengan paparan resolusi tinggi bagi teks.

Kad-kad ini disambungkan ke motherboard menggunakan slot-slot tambahan yang terdapat di motherboard. Slot-slot ini juga dikenali sebagai Bus slot yang berfungsi sebagai alamat bagi motherboard. Jenis slot pun berbeza mengikut interface pada board yang menyokong kad tersebut. Contohnya PCI-Ekspress, PCI 32bit, AGP(Accelerator Graphics Port)Board yang lama masih ada fungsi ini.

Jenis-jenis kad grafik.

Terdapat empat jenis display card seperti di bawah:

· Dual Mode Display - 16 warna / 9 pin
· Monochrome Display - 1 warna / 9 pin
· VGA Display - 640x480 pixels / 15 pin
· SVGA Display - 1024x768 pixels / 15 pin

VGA Card:
· Mempunyai 15 lubang
· Dipasang pada slot 16bit
· Mempunyai memory berukuran 256kb, 512kb, 1024kb. Lebih banyak RAM, lebih banyak
dan cantik warna.

32 Bit Vesa VGA Card:

· Berkeupayaan untuk menjalankan operasi program Window
· Mempunyai maksima RAM 2MB.

32/64Bit PCI Display Card:
· Mempunyai maksima RAM berukuran: 1,2,4.8MB

I/O Card (Printer Paraller Pot):
· Mempunyai 25 lubang

Serial Pot (Mouse):
· Terdapat dua jenis pin yang sering digunakan iaitu 25 dan 9 pin.
· Penggunaan modem memerlukan 9 pin sahaja.
· Terdapat dua jenis COM (Communication) pada sambungan kabel iaitu COM1 dan COM2.

Game Pot:
· Untuk kegunaan alat pengendali permainan game iaitu Joystick
· Mempunyai 15 lubang dalam bentuk susunan 2 baris.
Find Out More -

3:29 PM

Mengenal Hardware Part II

Posted by Admin

Pernahkah anda melihat komponen ini? Ini dipanggil mainboard atau motherboard. Dalam bahasa melayunya dipanggil papan ibu. Pelik bunyinya kan? Rajah kat bawah ni menunjukkan letak duduknya komponen yang ada di atas sekeping mainboard.

(harap maaf gambar yang saya uploadkan ni kurang terang daa..)
Diharap dengan penerangan yang sedikit ni dapat memberi gambaran kepada kita semua sesebuah komputer itu berfungsi. Anda juga boleh download asas komponen komputer di ruang muat turun.Jumpa lagi di lain masa.




Find Out More -

12:16 AM

Mengenal Hardware Part I

Posted by Admin

Tujuan aku nih tak lain tak bukan sekadar berkongsi apa yang aku tahu je. First sekali, kita tengok apa guna CPU.

Apakah CPU?

CPU bermaksud Central Processing Unit atau Unit Pemprosesan Pusat.Melalui maksud tersebut kita akan dapat gambaran maksud sebenar CPU iaitu pusat utama kebanyakan dari kita menyebut processor.

Unit untuk mengukur kelajuan CPU adalah GHz.Contohnya :

Intel® Core™2 Duo Desktop Processor E8500

  • Kelajuan adalah 3.16 Ghz
  • Cache 6 Mb
  • Bus Speed 1333 Mhz

Ini pula jenis-jenis CPU. Di antaranya ialah:

amd_anjung.jpg

Model AMD Athlon CPU

intel_anjung.jpg

Model INTEL Pentium 4 CPU


Fungsi CPU adalah:

  1. Mendapatkan arahan komputer
  2. Memproses data
  3. Mentafsir data
  4. Menulis data
Di post akan datang, saya akan sentuh hardware part II. Sekian.
Find Out More -

Auto Linking