
Hard Disk ( Cakera Keras )
Dalam post kali ini saya akan menyentuh tentang cakera keras. Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita.
Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari. Ia adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida.
Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing. Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester disk drives).
Kapasiti storan dalam hard disk ialah jumlah data yang dapat disimpan olehnya. Biasanya saiz pemacu cakera diukur dalam gigabait GB. Lebih besar saiznya, lebih mahal harganya. Tetapi anda harus ingat di mana kebanyakan aplikasi terkini seperti multimedia dan permainan memerlukan saiz storan yang besar. Semasa artikel ini ditulis, kebanyakan cakera keras yang dijual dipasaran berkapasiti antara 100GB hingga 200GB. Anda juga boleh rujuk di sini : http://www.teknosains.info/2007/08/cakera-keras.html








0 Komentar:
Berilah Teguran/Komen Dengan Nama dan Blog Anda Sendiri. Gunakan bahasa yang sopan dan sesuai.'Smile Icon' Boleh Digunakan Jika Anda Mempunyai Akaun Google Sendiri. Terima Kasih.
Post a Comment