Processing....
Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
"Hulurkanlah sepatah dua di ruangan ini. Tinggalkanlah jejak anda agar silaturrahim sentiasa terjalin di antara kita semua"
..Langgan Artikel Percuma..

Kami membawakan artikel-artikel terkini yang disajikan khas untuk anda dari masa ke semasa. Jangan ketinggalan mendapatkannya PERCUMA.

9:02 AM

Jom! bakar dewan...

Posted by Admin

Image Hosted by ImageShack.us

JOHOR BAHRU : Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebuah sekolah menengah di Johor Jaya, di sini, semalam, dikatakan nekad membakar dewan peperiksaan yang sepatutnya digunakan 75 pelajar lain untuk menduduki peperiksaan itu.

Berikutan tindakan itu, 75 calon PMR lain terpaksa ditempatkan di bilik kuarantin Influenza A (H1N1) bagi memastikan mereka dapat bersama-sama 290 pelajar tingkatan tiga sekolah itu menduduki peperiksaan
mengikut jadual.

Walaupun belum dipastikan motif dewan sekolah itu dibakar, Jabatan Pelajaran Johor tidak menolak kemungkinan ia angkara perbuatan khianat pelajar terbabit sendiri berikutan ada guru pengawas PMR melihat kelibat seseorang disyaki mencetuskan kebakaran itu, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Sekolah berkenaan mempunyai tujuh blok bangunan menempatkan 1,746 pelajar dan bangunan yang terbabit kebakaran terletak di bahagian hujung sekolah itu bersempadan dengan perumahan penduduk.

Dpetik dari : Metro Online

P/S : Apalah nak jadi dengan pelajar zaman sekarang la ni? Kalau diikutkan mau nak tempeleng jer budak-budak yang buat lagu tuh! Guru disiplin hatta guru kelas maupun guru kaunseling, dah tak dapat nak berbuat apa-apa. Inilah padahnya apabila anak terlalu dimanjakan atau pendidikan tidak sempurna tidak diberi kepada anak-anak. Benar kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Fikir-fikirkanlah!

Posted by Categories



0 Komentar:

Berilah Teguran/Komen Dengan Nama dan Blog Anda Sendiri. Gunakan bahasa yang sopan dan sesuai.'Smile Icon' Boleh Digunakan Jika Anda Mempunyai Akaun Google Sendiri. Terima Kasih.

Post a Comment

Auto Linking