Pernahkah kita mendengar bunyi yang keluar dari cpu seperti bunyi bep yang pendek atau panjang. Salah satu puncanya iaitu kerosakan daripada RAM.
1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM, apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna.
2. Cabut RAM
Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang putih tu, masa zaman belajar dulu], atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering. Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.
3. Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker?.. tak kisahlah yang penting [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya]. proses nih bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut.
4. Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak.
Cuba dulu tips nie sebab banyak komputer saya baiki, Hakikatnya banyak habuk yang melekat.
-jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card.
2 Komentar:
jika saya ter pegang pada jalur emas itu apakah jenis kerosakan yang saya akan alami?
Berilah Teguran/Komen Dengan Nama dan Blog Anda Sendiri. Gunakan bahasa yang sopan dan sesuai.'Smile Icon' Boleh Digunakan Jika Anda Mempunyai Akaun Google Sendiri. Terima Kasih.
Post a Comment