Processing....
Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
"Hulurkanlah sepatah dua di ruangan ini. Tinggalkanlah jejak anda agar silaturrahim sentiasa terjalin di antara kita semua"
..Langgan Artikel Percuma..

Kami membawakan artikel-artikel terkini yang disajikan khas untuk anda dari masa ke semasa. Jangan ketinggalan mendapatkannya PERCUMA.

11:11 AM

Create New Partition

Posted by Admin

Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila kita dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau kita tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition. Dalam linux lak ia dibaca sebagai hda, hdb,hdc dan seterusnya.

Jika dalam hard disk masih ada ruang kosong, kita boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan.(nk guna pun boleh gak) Kita perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
  2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
  3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.

g1

4. Klik Next pada paparan 'Welcome to the New Partition Wizard'.

5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.

g2

6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.

g3

7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.

Photobucket

8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.

g5

9.Klik Finish dan proses format partition akan bermula.

g6

Tunggu sehingga proses format berakhir dan kita sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.

Posted by Categories



0 Komentar:

Berilah Teguran/Komen Dengan Nama dan Blog Anda Sendiri. Gunakan bahasa yang sopan dan sesuai.'Smile Icon' Boleh Digunakan Jika Anda Mempunyai Akaun Google Sendiri. Terima Kasih.

Post a Comment

Auto Linking